Tuesday, March 16, 2010

kesilapan...moga dia kembali......


kesilapan..manusia mane kt dunia ni yg xpernah melakukan kesilapan..die merenung siling..walaupun dlm gelap siling kelihatan seperti wayang yg menggambarkan keadaan dirinya pada suatu masa itu..die mengeluh dan perlahan-lahan air mata mengalir ke pipi.. imbauan kenangan yg x sepatutnya tercatat dlm kamus hidup terpalit dlm diari kehidupannya..sesuatu yg x boleh diundur..satu peristiwa yang mencacatkan realiti dia sebagai insan yg sepatutnya mengelakkan dirinya melakukan perkara itu..lemahnya dia melawan nafsu..

die merenung ke dalam jiwa.tiba-tiba pandangan kabur,jiwa terasa sesak dan ruang nafas terasa sempit seakan2 udara x cukup lagi untuknya..die teringat pada satu janji..janji yg bertahan untuk seketika dan terus-terusan dilanggar..munafik..munafikkah die?..kepala berpusing,berputar dan wayang2 hidup kembali menjelajah fikiran...diri ibarat layang-layang terputus tali... terumbang ambing mengharapkan seseorang yg akan memegang tali dan disambut kembali.. sakit perit jiwa dan raga di dukung bersama,die enggan berkongsi apa yg bermain di minda...

dia mula menangis,memohon maaf kepada insan yg dikasihi..x mampu nk meluahkan secara berhadapan..bimbang diri akan dibenci...aduhh..nyawa seakan disentap..dia berdoa semoga satu masa dia x akan ulangi kesilapan yg sama... Ya Tuhan..Kau bg dia kekuatan utk menempuhi hari-hari yg mendatang...dgn iman yg senipis kulit bawang,Kau berikan dia petunjuk dan hidayah Mu kepadanya,kerana die adalah hamba MU yg lemah...

No comments:

Post a Comment